Mangsa banjir di Tenom tercicir bantuan – Ahli Parlimen Tenom

Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual berharap mangsa banjir yang tercicir itu akan mendapat perhatian dan dibantu kerajaan negeri secepat mungkin. (Gambar media sosial)

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual mendakwa jumlah mangsa banjir di daerah itu lebih banyak daripada angka yang dilaporkan.

Katanya, jumlah mangsa yang disenaraikan untuk pengagihan bantuan kerajaan seramai 4,261 mangsa daripada 1,555 keluarga, tetapi ramai mangsa tidak sempat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat terkandas kerana jalan dinaiki air.

“Saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor atas sumbangan beliau kepada mangsa banjir seperti yang diumumkan pada 24 Mei,” tulisnya di Facebook hari ini.

Hannah Yeoh bangkit persoal pemecatan Tajuddin



“Bagaimanapun, saya ingin mewakili dan menyuarakan rintihan mangsa yang tidak tersenarai. Ada juga mangsa yang meninggalkan kediaman untuk ke kawasan lebih tinggi atau rumah saudara yang lebih selamat dan disebabkan ini, mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan.”

Noorita berharap mangsa banjir yang tercicir itu akan mendapat perhatian dan dibantu kerajaan negeri secepat mungkin.

Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS daerah itu berkurangan kepada 95 orang setakat 8 malam tadi.



Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Sabah berkata, tiga PPS masih dibuka di Tenom dan empat di Beaufort yang menempatkan 604 mangsa.

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Mangsa banjir di Tenom tercicir bantuan – Ahli Parlimen Tenom


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker