‘Takkan Israel buat ganas kita nak mengganas di tempat kita’, mufti tak setuju ‘cara’ PPIM lancar boikot

‘Takkan Israel buat ganas kita nak mengganas di tempat kita’, mufti tak setuju ‘cara’ PPIM lancar boikot

‘Takkan Israel buat ganas kita nak mengganas di tempat kita’, mufti tak setuju ‘cara’ PPIM lancar boikot

PETALING JAYA: Mufti Kelantan tidak bersetuju tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang memulakan kempen boikot terhadap jenama dikaitkan dengan Israel sebagai solidariti kepada Palestin.

Mohamad Shukri Mohamad berkata, banyak lagi cara lain lebih berkesan untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin termasuk derma dan berdoa.

“Kita berjihad mengumpul dana, macam-macam bantuan diberi, bina sekolah, dirikan masjid, berdoa untuk rakyat Palestin itu lebih bermakna dan sebagai tanda solidariti,” katanya kepada FMT.

Katanya, menggerakkan usaha supaya umat Islam seluruh dunia bersatu juga mampu memberi kekuatan dan akhirnya menggerunkan musuh Islam termasuk Israel yang menyerang Gaza ketika ini.

“Lakukan tindakan lebih berkesan, salah satunya penyatuan umat Islam. Ia juga sebagai solidariti kepada Palestin bila semua bersatu musuh Islam (Israel) tidak berani melawan, sekarang dunia Islam berpecah-belah,” katanya.

Shukri berkata, cara PPIM menyerbu premis untuk memboikot barangan kononnya pro Israel walaupun dengan niat bersolidariti bertentangan dengan akhlak Islam.

“Kalau apa yang berlaku di Palestin kita nak tunjuk solidariti bukan dengan cara rampas barang untuk boikot kerana menampakkan ketidaksopanan kita. Pamerkan keindahan Islam.

“Takkan Israel buat ganas maka kita nak mengganas di tempat kita, tidak boleh begitu. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik,” katanya.

Katanya, jika sesuatu produk itu terbukti dari Israel dan mendatangkan keuntungan kepada mereka, ia sepatutnya diboikot dengan mengharamkan terus dari memasuki Malaysia.

Tindakan memboikot mesti ada batasnya

Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman, berkata setiap tindakan memboikot mesti ada batasnya dan jangan sampai menyalahi undang-undang atau mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Katanya, tidak salah umat Islam memboikot barangan didakwa pro Israel jika terbukti benar.

“Kalau produk itu terus memberi keuntungan kepada Yahudi wajar kita boikot, tapi kalau ia dihasilkan oleh francais tempatan, barang diproses di tempat kita dan buka peluang pekerjaan kepada rakyat kita itu tidak wajar diboikot,” katanya.

Sementara itu, Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan PPIM terhadap syarikat tanpa bukti kukuh kononnya dana keuntungan disalurkan terus kepada Israel.

“Kami tidak pasti apa agenda mereka,” kata Pengerusi Mohd Nazari Ismail kepada FMT, merujuk kepada tindakan PPIM.

“Agenda kami adalah menghentikan kekejaman di Palestin, bukan hanya memboikot syarikat asing atau bukan Islam.”

Beliau memaklumkan konflik Palestin-Israel bukan disebabkan isu Islam dan bukan Islam sebaliknya hak asasi kerana terdapat juga bukan Islam membantah kekejaman Yahudi.

Terdahulu, aktivis PPIM, Nadzim Johan dalam satu video berkata, persatuan itu akan melancarkan boikot besar-besaran dalam tempoh enam bulan akan datang terhadap jenama terkenal, termasuk Coca-Cola, yang dikatakan bersimpati dengan rejim Zionis.

Nadzim juga dilihat memasuki kedai runcit, mengeluarkan semua tin Coca-Cola dari peti sejuk, dan menurunkan bahan pemasaran yang kemudiannya dipijak dan dibakar di luar kedai, sebelum bergerak ke premis lain untuk melakukan perkara sama. FMT

‘Takkan Israel buat ganas kita nak mengganas di tempat kita’, mufti tak setuju ‘cara’ PPIM lancar boikot


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Coca-Cola ketengah jasanya di Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker