Saya akan minta maaf jika dakwaan ‘scam’ vaksin KJ benar, kata Guan Eng

Saya akan minta maaf jika dakwaan ‘scam’ vaksin KJ benar, kata Guan Eng

Saya akan minta maaf jika dakwaan ‘scam’ vaksin KJ benar, kata Guan Eng

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini berkata, beliau sedia meminta maaf berhubung dakwaan Putrajaya menghalang tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang, jika terbukti ia adalah “scam”.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, janji “penderma” dan syarikat yang berpusat di Hong Kong itu kemungkinan besar palsu, selepas pencarian mengenai syarikat itu di negara terbabit menunjukkan ia tidak wujud.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Lim sebelum ini mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menghalang Pulau Pinang mendapatkan vaksin itu daripada penderma.

“Jika apa yang dikatakan Khairy itu benar, maka saya akan minta maaf supaya kita boleh menumpukan perhatian terhadap perkara penting mendapatkan vaksin untuk rakyat,” kata bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dalam kenyataan.



“Sama ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara tidak berapa penting, dan sepatutnya tidak mengalih perhatian daripada dua isu utama kerajaan persekutuan memberikan kelulusan segera kepada semua kerajaan negeri untuk membeli vaksin atau mendapatkan sumbangan vaksin.

“Tidak salah untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi melindungi diri rakyat melalui apa saja cara yang dibenarkan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, KKM dengan tegas mengatakan “tidak” terhadap “tawaran” vaksin itu, sebulan selepas Chow menulis surat kepada KKM Februari lalu.

“Ketika KKM menolak tawaran untuk penderma vaksin, tidak ada disebutkan status syarikat itu sebagai syarikat palsu,” katanya.



Menurut Chow, Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah menulis surat kepadanya menyatakan negeri itu tidak perlu mempertimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan melaksanakan PICK.

Lim berkata, pemberian vaksin harus diagihkan ke negeri supaya lebih ramai orang dapat divaksin.

“Kerajaan Pulau Pinang telah menyuarakan kesediaannya menjadi perantara bagi memberikan vaksin percuma kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi serta mereka yang mampu mendapatkan vaksin.

“Mengapa harus ada monopoli vaksin oleh sebuah syarikat saja, apabila agihan kuasa dapat meningkatkan kadar vaksinasi?



“Lebih masuk akal untuk membiarkan mereka yang mampu membayar, membeli vaksin dengan kos mereka sendiri kerana ini akan menjadikan lebih banyak vaksin tersedia untuk diberikan secara percuma kepada orang lain,” katanya. FMT

Saya akan minta maaf jika dakwaan ‘scam’ vaksin KJ benar, kata Guan Eng


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tawaran 2 juta dos Sinovac kepada P Pinang ‘SCAM’ – KJ

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker