Saiz perut terlalu kecil, wanita dituduh palsukan kehamilan

Saiz perut Cavacini yang kecil menyebabkan netizen menuduh dia memalsukan kehamilannya. – TikTok

LONDON – Seorang pengguna aplikasi sosial TikTok yang hamil dan selamat melahirkan bayinya Mac lalu dituduh memalsukan kehamilannya kerana saiz perutnya yang sangat kecil, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Sepanjang tempoh kehamilannya, Sofia Cavacini kerap memuat naik foto perkembangan kehamilan di akaun TikTok, namun saiz perutnya sangat kecil berbanding ibu hamil yang lain.

Hal itu menyebabkan ibu muda berusia 20 tahun itu menerima kecaman daripada netizen.

“Dia (Cavacini) tidak hamil, perutnya tidak membesar,” kata seorang netizen.

“Berhenti palsukan kehamilan anda,” tulis seorang netizen lain.

Namun, terdapat juga beberapa pengikut lain yang memuji perut Cavacini dengan mengatakan ia comel.

Selepas melahirkan anaknya, Cavacini kemudian membalas semula komen-komen orang ramai yang menuduh kehamilannya sebagai palsu dengan memuat naik video dia bermain bersama bayinya.

Biarpun perutnya kelihatan kecil, Cavacini selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel. – AGENSI

Saiz perut terlalu kecil, wanita dituduh palsukan kehamilan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Disangka Berlaku ‘Kebocoran Gas’ Di Pasar Raya, Angkara Durian Rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker