Pertikai isu Palestin, ADUN DAP – intelek rendah?

Pertikai isu Palestin, ADUN DAP punyai daya intelek rendah?

Pertikai isu Palestin, ADUN DAP punyai daya intelek rendah? Kritikan dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang – DAP – Datuk Teng Chang Khim terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu Palestin sangat memalukan.

Tindakan itu dianggap memalukan negara kerana beliau yang bertaraf wakil rakyat bertindak celupar, tatkala rakyat Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai ‘juara’ dalam memperjuangkan Palestin – baik orang Islam mahupun bukan Islam.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan, keceluparan pemimpin DAP itu sebagai biadab dan tidak melambangkan peribadi sebagai rakyat Malaysia sejati.

“Nampaknya seperti wakil rakyat DAP ini menganggap isu Palestin sebagai suatu isu yang dibuat-buat atau ‘konspirasi’ oleh kerajaan untuk mengalihkan fokus rakyat dari isu COVID-19 seperti yang diperkatakan.

“Ini adalah sesuatu yang lucu, memalukan dan seolah-olah beliau punyai daya intelek yang sangat rendah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tinjauan talian : Muhyiddin paling popular

Bukan sesuatu yang tidak disengajakan.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut bukan sesuatu yang tidak disengajakan.

Boleh jadi ianya memang diucapkan dengan penuh keyakinan kerana adanya sokongan di belakang lebih-lebih lagi golongan pro-Israel makin berani timbul dan tampil, dakwanya.

“Malah, baru-baru ini media-media bukan bahasa kebangsaan juga mula dilihat berani menormalisasikan label ‘militan’ kepada pejuang kebebasan Palestin. Apakah ini kebetulan sahaja?

“Saya percaya selepas ini akan ada lagi provokasi-provokasi dalam isu Palestin ini. Mungkin semua tindak-tanduk ini adalah untuk mereka ‘check’ tahap sensitiviti umat dari semasa ke semasa. Siapa tahu?

“Apakah pihak berkuasa akan bertindak tegas? Saya rasa tidak, kerana kita tidak lihat ada apa-apa ketegasan dalam insiden-insiden lalu pun. Jangan mengharap sangatlah. Apa-apapun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini pula,” katanya.

Sabtu lalu, Chang Khim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor memuat naik komen di Facebook mengkritik perutusan khas mengenai Palestin disampaikan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, mesej itu dikatakan sudah dipadamkan daripada akuan Facebook Chang Khim selepas dikecam netizen

Najib marah dikencing Peter Anthony

Pertikai isu Palestin, ADUN DAP punyai daya intelek rendah?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET

Mat Don lepak dengan Ronaldinho


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker