#SavePalestine: Terima Ugutan Bunuh -Yatt Hamzah

#SavePalestine: Terima Ugutan Bunuh Buat Yatt Hamzah Tetap Tak Gentar Sokong Palestin

 

#SavePalestine: Terima Ugutan Bunuh Buat Yatt Hamzah Tetap Tak Gentar Sokong Palestin. Dari peringkat awal serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin, rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan penu terhadap saudara sesama Muslim di sana.

Malah, ramai golongan selebriti turut membantu menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dunia berkenaan situasi semasa yang berlaku di negara tersebut.

Antaranya, pelakon Yatt Hamzah yang tidak berhenti menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh tentera Zionis Israel.

#SavePalestine: Terima Ugutan Bunuh Buat Yatt Hamzah Tetap Tak Gentar Sokong Palestin

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, pemilik nama Haryati Hamzah itu menyatakan pendirian tegasnya memberi sokongan kepada Palestin.



Menurutnya, semangatnya itu timbul tatkala dirinya menyaksikan sendiri kekejaman Zionis Israel ketika berada di Gaza beberapa tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/CPAgWdPrPeU/?utm_source=ig_embed&ig_rid=76092007-fcbf-4fe6-988c-671b4c883f4a

“Kenapa aku begitu tekad menyokong Palestin? Kerana aku telah ke Gaza pada tahun 2013 bersama anak sulungku yang baru berusia 3 tahun ketika itu. 

“Aku saksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman Israel di depan mataku. Aku mendengar sendiri tembakan zionis laknatullah!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya wanita berusia 41 tahun berkenaan, sejak peristiwa itu dia berjanji akan sentiasa istiqamah dalam membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Seperti yang semua tahu, kebelakangan ini majoriti perkongsian tentang Palestin telah dipadam atau diturunkan oleh syarikat laman sosial terkenal seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.



Biarpun begitu, ibu kepada 6 cahaya mata itu menyatakan dia tidak gentar walaupun pernah menerima ancaman bunuh dan akaun laman sosial sentiasa disekat apabila memuat naik posting berkaitan isu Palestin.

Sokong kenyataan Yatt Hamzah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut terutamanya golongan wanita menyokong perkongsian Yatt tersebut.

Bagi mereka, biarpun mustahil untuk turut serta berperang di medan pertempuran tetapi mereka masih boleh menunjukkan sokongan di laman sosial.

Semoga sentiasa dilindungi Allah

 

Meremang tengok ‘posting’

Berjuang kerana Islam

Sebarkan kasih sayang dan kebaikan

Mari menentang zionis dengan cara kita

Untuk rekod, Yatt pernah menerima ugutan bunuh daripada beberapa pengikutnya di laman sosial berikutan tindakannya yang aktif mempromosi kerja kemanusiaan di Palestin dan Syria pada tahun 2015.



Ugutan itu kebanyakannya datang daripada rakyat luar negara yang anti Islam dan Palestin dalam bahasa Hebrew.-OMM

Sumber: Instagram Yatt Hamzah

#SavePalestine: Terima Ugutan Bunuh Buat Yatt Hamzah Tetap Tak Gentar Sokong Palestin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Najib marah dikencing Peter Anthony

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker