Diugut Santau Harris Anuar Buat Repot Polis! Khai Bahar & Fendy Bakri Kenal Suspek?

Diugut Santau Harris Anuar Buat Repot Polis! Khai Bahar & Fendy Bakri Kenal Suspek?

Diugut Santau Harris Anuar Buat Repot Polis! Khai Bahar & Fendy Bakri Kenal Suspek? Gara-gara menerima ugutan santau daripada individu tidak dikenali menerusi Instagramnya, pelakon Harris Annuar nekad membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri.

Perkara berkenaan dikongsikan Harris, 28, dalam Instagram semalam dengan memuat naik gambarnya memegang laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Selangor.

“Kepada pemilik Instagram @hahaha_mat yang baru saja tukar nama ke @buat_smpoi (saya tahu dia akan tukar lagi selepas ini), saya ada hadiah raya untuk awak.

“Alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat dalam Instagram, kami semua tahu gambar yang dipakai adalah milik orang lain. Tak lama lagi lokasi awak pun kami semua akan tahu,” tulisnya.

Tambah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia turut menyerahkan semua bukti paparan skrin mesej ugutan yang diterima daripada individu tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sekarang kita serahkan kepada polis untuk tindakan. Insya-Allah, yang paling penting kita serahkan juga segalanya kepada Allah.

“Sekali pun awak terlepas azab di dunia, tak bermaksud awak terlepas azab di akhirat,” katanya lagi.

Tangkap layar mesej ugutan tersebut turut dimuat naik pelakon tersebut di akaun Instagram pagi tadi.

Harris berkata dia tidak mengenali individu terbabit, namun percaya suspek menggunakan akaun In­s­tagram palsu untuk menakutkannya.

Khai Bahar & Fendy Bakri Kenal Suspek?

Sementara itu, di ruangan komen, beberapa selebriti popular memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada Harris. Agak mengejutkan apabila dua selebriti popular iaitu Khai Bahar dan Fendy Bakri sebenarnya mengenali suspek dan pernah mengalami nasib yang sama.

Kedua-dua mereka terlebih dahulu mendapat ugutan santau dan menganggap suspek mengalami masalah mental.

Macam-macam hal kan! Mungkin suspek terkesan dengan  pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia  pada ketika ini. Jadi dia menjadikan media sosial sebagai platform untuk menagih perhatian.-Murai

Diugut Santau Harris Anuar Buat Repot Polis! Khai Bahar & Fendy Bakri Kenal Suspek?

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Sarah yang hamil, mertua yang alahan


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker