Bersatu kecewa sikap Chang Khim label Muhyiddin ‘bodoh’


Bersatu kecewa sikap Chang Khim label PM ‘bodoh’ – Abdul Rashid

KUALA LUMPUR – Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kecewa dan dengan Datuk Teng Chang Khim yang melabelkan Perdana Menteri sebagai ‘bodoh’ dalam kenyataan mengenai isu Israel.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, dakwaan Exco kerajaan negeri yang juga pemimpin DAP itu menghina tindakan pemimpin negara sangat tidak boleh diterima.

Ia juga mencerminkan pendirian Chang Khim akan nasib rakyat Palestin terutamanya di Gaza.

“Maka, dari kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa selama ini DAP hanya memakai topeng demi mendapatkan undi dari orang Islam di Malaysia bagi mendapat sebuah kuasa tapi pada hakikatnya tidak sekelumit pun di hati mereka mempunyai sifat kemanusian dan kasih sayang ke atas umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Rashid, Bersatu Selangor juga menyatakan bantahan ke atas kerajaan negeri Selangor atas pendirian dan sikap pemimpin mereka yang menjawat kedudukan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Adalah diharapkan agar kerajaan Selangor dapat bertindak keatas pemimpin negeri mereka ini dengan tindakan yang sangat tegas agar rakyat tidak melihat ia sebagai satu kenyataan rasmi kerajaan negeri Selangor,” katanya. MG

Bersatu kecewa sikap Chang Khim label PM ‘bodoh’ – Abdul Rashid

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tiada pemimpin tegas di Putrajaya, kata sumber dalaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker