Polis akan soal lapan individu isu himpunan ‘Buka Puasa Buka Parlimen’
Polis telah mengenal pasti lapan individu untuk disoal siasat berkaitan dengan himpunan tunjuk perasaan “Buka Puasa Buka Parlimen” yang diadakan pada 30 April.
Setiausaha Agung pro-tem Muda Amir Abdul Hadi berkata dia akan disoal siasat di Bukit Aman pada pukul 1 tengah hari pada 20 Mei bersama enam yang lain.
“Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir telah membuat penyataannya melalui telefon.
“Dia tidak akan hadir,” kata Amir kepada wartawan.
Lima individu lain yang akan memberi kenyataan adalah Adun Paloh, Sheikh Umar Ali Bagharib, Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Sharan Raj, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan Asmaalif Abdul Adam, ketua pro-tem Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan dan pengasas bersama Undi-18 Tharma Pillai.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah sebelum ini mengatakan bahawa peserta tunjuk perasaan itu disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ini berikutan laporan yang dibuat oleh Ahmad Zainal Tuan Ismail, penolong penguasa yang mengetuai sepasukan anggota polis untuk menjaga keamanan semasa tunjuk perasaan itu.
Himpunan “Buka Puasa Buka Parlimen” diadakan pada 30 April lalu di hadapan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), sebuah gabungan kumpulan anak muda, tunjuk perasaan itu dikatakan dibuat untuk menuntut Parlimen bersidang semula.
Farahdhiya dedah terima gambar ‘anu’ yang diletak atas mukanya
Baca Artikel Menarik
- ‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi
- Resepi Mini Chicken Pot Pie
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok
Layari Laman Facebook My KMU NeT