Covid-19 dapat diatasi pada 2022, Ketua Pengarah WHO nyatakan keyakinan

AMMAN – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata beliau yakin pandemik Covid-19 akan dapat diatasi pada 2022, dengan syarat semua negara bekerjasama untuk membendung penularannya.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu memberi amaran terhadap “nasionalisme sempit dan membolot vaksin” dalam satu kenyataan sempena tahun baharu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Ucapannya dibuat dua tahun sejak WHO dimaklumkan mengenai kes jangkitan radang paru-paru yang tidak diketahui di China.



Kes Covid-19 globalkini berjumlah 287 juta, manakala hampir 5.5 juta orang telah terkorban akibat dijangkiti virus tersebut.– Bernama

Covid-19 dapat diatasi pada 2022, Ketua Pengarah WHO nyatakan keyakinan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




WHO beri amaran Varian Omicron bakal cetus Tsunami Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker