Que Haidar persoal VIP, selebriti boleh ziarah raya

Que Haidar persoal VIP, selebriti boleh ziarah raya

Que Haidar persoal VIP, selebriti boleh ziarah raya

Sejak semalam, kecoh dalam media sosial mengenai dakwaan golongan kenamaan (VIP) dan selebriti yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada musim perayaan tahun ini.

Situasi tersebut tular sehingga menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti seperti pelakon, Que Haidar yang turut mempertikaikan perkara sama.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, mempersoalkan mengapa dan bagaimana beberapa selebriti tanah air dan seorang menteri dibenarkan beraya bersama ahli keluarga yang bukan tinggal serumah.

Dalam hantaran sama, Que turut memuat naik tiga keping foto seorang menteri dan dua selebriti popular tanah air.

Que Haidar persoal VIP, selebriti boleh ziarah rayaHANTARAN Facebook

HANTARAN Facebook yang dimuat naik oleh filem Maut itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalanga pengguna media sosial.

“Mereka ini memang tinggal serumah ke macam mana? Anak, menantu, cucu, adik-beradik, bekas isteri dan suami.

“Bukankah tak boleh beraya? Minta pencerahan semua,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook semalam.

Tambah pelakon filem Rock itu, dia sangat mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan sehingga tidak melakukan ziarah raya ke rumah ibu mertua yang menetap berhampiran dengan kediamannya.

Malah, dia juga mendedahkan sudah lapan bulan tidak bertemu ahli keluarganya di kampung susulan larangan rentas negeri yang dilasanakan oleh kerajaan.

“Ibu mentua aku tinggal hanya lima minit sahaja jika memandu dari rumah. Dia beraya seorang diri dan umurnya sudah 82 tahun.

“Sebab kami ikut apa yang diperintahkan. Adakah gambar mereka ini foto lama? Saya kelirulah.

“Saya sudah lapan bulan tak jumpa mak di kampung. Ya Allah,” tulisnya lagi.

Hasil tinjauan, rata-rata netizen menyokong kenyataan Que dan turut meluahkan rasa kurang senang terhadap golongan yang melanggar SOP PKP secara terang-terangan.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan. K Online


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Azmin kena kecam, kongsi gambar raya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker