Tudung jadi baju raya Zarina Zainuddin

Tudung jadi baju raya Zarina Zainuddin

Tudung jadi baju raya

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin tampil keatif apabila menyediakan dua pasang baju raya yang dijahit daripada lapan helai tudung.

Zarina berkata, dia tertarik dengan rekaan tudung jenama As Hijab Official itu untuk dijahit menjadi baju raya.



“Baju raya PKP saya tahun ini diberi nama Lala Raya sempena lagu Datuk Seri Aliff Syukri. Baju ini diperbuat dari empat helai tudung koleksi raya As Hijab Official.

“Saya suka sangat dengan warna kain dan corak tudung edisi raya kali ini. Jadi, saya minta pereka Firdaus Hakimi buatkan dua pasang baju raya.

“Dari lapan helai kain tudung dapat dua pasang baju raya. Jenis kain tudung tu cantik dan jatuh terletak. Itu yang saya berasakan kalau buat baju pun cantik,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, Zarina berkata tidak ada apa yang istimewa.



“Tidak ada apa yang istimewa raya tahun ini selain kita turut sama-sama berdoa untuk rakyat Palestine. Kita jaga diri jaga keluarga.

“Raya saya pun sederhana di dalam rumah dengan anak-anak saja. Nak ke rumah jiran depan pun takut dan mereka pun sama. Ya lah, siapa nak bayar saman RM5,000 dalam keadaan Covid-19 ini? Nak beraya dengan madu pun tak sempat lagi,” katanya.

Tudung jadi baju raya


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Zarina Zainuddin Mohon Maaf – Kerana Azal Azrai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker