Inap desa tempat kumpul hari raya diserbu polis, kompaun RM60,000 dikeluarkan


APA sahaja undang-undang akan ada sahaja yang cuba cari jalan mengelakkannya.

Ini seperti mana prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nak berkumpul di tempat awam termasuk kedai makan tak boleh, mereka guna helah menyewa inap desa berkumpul sambut raya.

Namun sekumpulan indibodu di Kepala Batas, Pulau Pinang itu lupa yang jerat tak pernah melupakan pelanduk.



Akibatnya, RM60,000 kompaun dikeluarkan dan serbuan di rumah inap desa itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pertama kompaun RM4,000 setiap seorang ke atas 10 individu yang berada dalam rumah tersebut.

Katanya, pemilik inap desa itu pula dikompaun RM20,000 sempena operasi pada hari raya pertama semalam.

Tegas Noorzainy, pemilik berusia 40 tahun itu dikompaun kerana gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis hingga menyebabkan kesesakan.



“Selain itu, polis turut mengenakan kompaun masing-masing RM4,000 terhadap 10 pelanggan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun di inap desa berkenaan yang didapati tidak mematuhi SOP.

“Ini berikutan ada yang tidak mengimbas kod QR My Sejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata, sepanjang operasi SOP semalam, pihaknya secara keseluruhan mengeluarkan 18 kompaun membabitkan jumlah RM88,000 kerana melanggar PKP 3.0.

“Ini termasuk cuba merentas negeri dan melepak di kawasan tumpuan orang ramai.



“Polis daerah ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan terus akan menjalankan operasi pematuhan demi memastikan orang ramai mematuhi SOP,” katanya. Utv

“Tahan dan kompaun saja…Dah banyak sangat bagi nasihat, amaran” – Ayob Khan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker