“Tahan dan kompaun saja…Dah banyak sangat bagi nasihat, amaran” – Ayob Khan

Sebaran :


POLIS Johor kesal kerana masih banyak premis dan rakyat di negeri itu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat walaupun ketika ini jumlah penularan kes baharu COVID-19 meningkat dengan banyak.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tinjauannya bersama pasukan pengawasan hari ini mendapati tahap kesedaran itu masih rendah apabila ada pasar raya yang langsung tidak mengawal keluar masuk pengunjung.

“Apabila tiada kawalan, orang ramai masuk dengan jumlah yang ramai dan menyebabkan tiada penjarakan sosial. Malah ada yang membawa anak-anak kecil dan tidak memakai pelitup muka,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Johor Bahru hari ini yang disiarkan melalui Facebook Live Polis Johor selepas melakukan lawatan ke pusat-pusat memberi belah dan lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR).

Katanya, dua pasar raya telah dikenakan kompaun oleh Majllis Bandaraya Johor Bahru kerana tidak mengenakan kawalan yang menyebabkan bilangan pengunjung yang terlalu ramai.

Ayob Khan berkata, terdapat 840 anggota dan pegawai terlibat dalam SJR, 269 merupakan pasukan pemantauan dan 171 unit kenderaan bergerak dalam aktiviti di seluruh negeri ini.



Menyentuh mengenai permohonan rentas negeri, Ayob Khan berkata, berlaku peningkatan yang ketara dalam permohonan tersebut minggu ini berbanding minggu lepas disebabkan ramai yang cuba merentas negeri sebelum larangan rentas negeri/daerah dilaksanakan.

Katanya, polis menerima 14,81 permohonan rentas negeri pada tempoh 21 April hingga 1 Mei dan 19,090 permohonan dalam tempoh 2 hingga 8 Mei.

“Sebanyak 179 permohonan ditolak pada tempoh minggu lepas dan 286 ditolak minggu ini kerana memberikan alasan yang tidak munasabah,” katanya. Utv



Kes Pengganas LTTE: Datuk Ayob Khan kecewa kes tersebut diganggu ahli politik DAP


Sebaran :

Leave a Reply