Replika lembu bersongkok, samping, ADUN Air Itam mohon maaf
Replika lembu bersongkok, samping, ADUN Air Itam mohon maaf
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang memohon maaf berhubung dekorasi replika lembu yang memakai kain samping serta songkok di Bulatan Jalan Air Itam di sini, menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya umat Islam.
Joseph berkata, pihaknya tidak berniat mengguris sensitiviti mana-mana pihak terutama dalam mengekalkan keharmonian yang sedia terjalin antara rakyat pelbagai kaum di Pulau Pinang.
“Berkaitan kontroversi yang tular dalam media sosial berhubung hiasan di Bulatan Jalan Air Itam semalam, pihak kami ingin memohon maaf atas kekhilafan yang dicetuskan.
“Sebagai tindakan lanjut, pihak kami telah menurunkan hiasan tersebut dengan kadar segera semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, tular dalam media sosial mengenai dekorasi Hari Raya Aidilfitri di Bulatan Jalan Air Itam itu yang memaparkan seekor lembu yang memakai samping serta songkok.
Dekorasi berkenaan menimbulkan kemarahan warga maya serta orang ramai yang melalui kawasan berkenaan dan menyifatkan hiasan tersebut sebagai menghina umat Islam.
Selepas tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai, hiasan tersebut didapati diturunkan malam tadi.
Menurut Joseph, umumnya, setiap kali musim perayaan pihaknya akan meletakkan perhiasan mengikut tema perayaan di lokasi berkenaan.
“Namun, kelalaian yang dibuat tanpa sebarang niat buruk berhubung hiasan sempena sambutan Syawal telah menyentuh sensitiviti rakan-rakan Muslim di sini.
“Dengan ini, sekali lagi saya ingin memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian yang berlaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Replika lembu bersongkok, samping, ADUN Air Itam mohon maaf
Baca Artikel Menarik
- Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Biskut Thumb Print
- Nasi Tomato Bonda
- Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin
- Radzi gagal teruk
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Ada usaha terancang tanam kebencian terhadap kerajaan PN – Annuar Musa
You must be logged in to post a comment.