Ada sejarah bisul pun tetap cuba kait dengan vaksin

Ada sejarah bisul pun tetap cuba kait dengan vaksin

Mereka yang tiada latar belakang bidang perubatan diminta agar tidak cuba mensensasikan sesuatu perkara yang tidak pasti sehingga mencetuskan kegusaran awam.

Itulah nasihat Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim merujuk isu kesan suntikan vaksin Covid-19.



Dalam nada nasihat, beliau dengan merendah diri memohon masyarakat tidak menyebarkan cerita yang tidak sahih konon imunisasi dos penggalak menjejaskan kesihatan penerimanya.

“Ada kisah tular dalam media sosial, canang dia dapat bisul selepas disuntik, tetapi apabila kita periksa balik, rupa-rupanya memang pun ada sejarah bisul sejak dulu lagi,” katanya.

Terdahulu, beliau menjadi perantara dalam sesi libat urus media dengan lima panel berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara atas talian hari ini.

Diskusi itu juga menjelaskan isu Kesan Buruk Susulan Imunisasi (AEFI) yang disampaikan oleh Pengarah Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Dr. Roshayati Mohd. Sani.



PICKids dilancarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada Khamis lalu melibatkan golongan berusia lebih lima tahun hingga bawah 11 tahun.

Mengulas lanjut, Hishamshah berkata, sikap segelintir warganet kecoh memperbesarkan kes AEFI belum pasti, memang diakui menjejaskan usaha kementerian itu menjayakan imunisasi.

“Kita amat teliti semak jika ada kes kematian disebabkan vaksin dan tiada apa hendak disorok malah semua data kes Covid-19 selama ini memang telus bagi rujukan masyarakat,” katanya. K Online

Ada sejarah bisul pun tetap cuba kait dengan vaksin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker