Kelantan cadang kesalahan pergaulan bebas didenda RM50,000
Kelantan cadang kesalahan pergaulan bebas didenda RM50,000
Denda kesalahan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di Kelantan akan dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berkata RUU itu juga antara lain turut merangkumkan kesalahan seperti larangan terhadap aktiviti hiburan mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akhlak, tatasusila dan moral.
Kesalahan menyokong atau menormalisasikan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), memecah belah keharmonian dan perpaduan kaum, an menghina agama.
Menurut Fadzli berkata berdasarkan kajian Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan mencadangkan memansuhkan Enakmen sedia ada iaitu Enakmen Hiburan Tahun 1998 dengan menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan yang baharu.
Beliau berkata draf Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan telah dipertimbangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang kali ke sembilan pada 8 Mei dan disahkan pada 15 Mei lalu.
“Pada masa yang sama, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan juga sedang mengkaji dan menggubal peraturan-peraturan di bawah RUU baharu itu,” katanya menurut Bernama.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang sekian lama tidak dipinda pada persidangan DUN.
Menurutnya, RUU baharu itu juga akan menambah baik dan memantapkan prosedur penguatkuasaan berkaitan kuasa untuk menyiasat serta menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.
“Pewujudan permohonan lesen, penjualan tiket dan serahan notis secara elektronik dengan mengambil kira medium alam maya iaitu secara elektronik dan peruntukan berkenaan tanggungan kos bagi memindahkan atau menyimpan barangan sitaan yang menjadi hutang kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan yang boleh dijadikan hasil kepada kerajaan negeri,” katanya. HM
Kelantan cadang kesalahan pergaulan bebas didenda RM50,000
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]