Biodata Kumpulan Dolla
Biodata Kumpulan Dolla , Latar Belakang dan Profail yang dikemaskini pada 6 hb Mei 2021. Dolla (kadangkala digayakan dalam huruf besar) merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019.
Sejak penubuhannya, ahli asal kumpulan Dolla terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Dolla terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka bertajuk “Dolla Make You Wanna” yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.
Sejak itu, Dolla mula mendapat perhatian meluas dalam pelbagai rancangan TV dan stesen radio tempatan serta liputan media cetak. Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh yang singkat. iDolla, fandom kumpulan ini, telah diwujudkan melalui perbincangan mereka bersama peminat dan telah diumumkan ketika Live Fan Meeting yang hanya diadakan di YouTube.
Kerjaya Kumpulan Dolla
Kumpulan Dolla ditubuhkan pada Ogos 2019 apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya yang pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. Ketika itu, pihak pengurusan telah meletakkan kriteria yang dicari ialah dengan memiliki bakat menyanyi dan menari.
Mereka mendapat perhatian penonton yang hadir apabila membuat persembahan yang cukup bertenaga di Final #RapstarEra bertempat di The Bee Republika. Pada 20 Mac 2020, DOLLA melancarkan single sulung mereka “Dolla Make You Wanna” yang diterbitkan oleh komposer dan penerbit rakaman Australia, Bryan B, serta hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta. Penampilan mereka juga sering dibandingkan dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix.
DOLLA juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu “#jangankeluar”, lagu hip hop hasil karya Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia bagi menentang penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020.
Pada 30 Oktober 2020, Dolla melancarkan single terbaru mereka berjudul “Impikan” dan versi bahasa Inggeris, “Watch Me Glow”.
Dolla juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem bertajuk Dolla Watch Me Glow arahan Izuan Mokhtar yang akan disiarkan di Astro Citra pada Aidilfitri 2021.
Biodata, Profail Ahli Ahli
Semua ahli kumpulan Dolla berasal dari Kuala Lumpur kecuali Angel yang berasal dari Sarawak. Sabronzo ialah ahli yang paling tua dalam kumpulan ini.
- Sabrina Rusli (Sabronzo; lahir 7 Mac 1995 di Kuala Lumpur)
- Tabitha Ariel Lam (Tabby; lahir 18 Mac 2000 di Kuala Lumpur)
- Angelina Chai Ka Ying (Angel; lahir 2 Januari 2001 di Kuching, Sarawak)
- Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya; lahir 15 Januari 2001 di Kuala Lumpur.
Kumpulan Dolla Biodata, Latar Belakang dan Profail :
DOLLA | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre |
|
Tahun aktif | 2019–kini |
Syarikat rakaman
|
Universal Music Malaysia |
Ahli |
|
Biodata Penuh Tabby Penyanyi Kumpulan Dolla
FOTO
Baca : Terima ugutan bunuh, Dolla akui lebih matang
Like FB MyKMU disini
(Video) Dolla harap mesej lagu raya ‘sampai’ walau berpakaian seksi
You must be logged in to post a comment.