PM Palestin minta EU desak Israel benarkan pilihan raya

Presiden tangguh pilihan raya yang ditunggu-tunggu sejak 15 tahun

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh meminta Kesatuan Eropah (EU) menekan negara haram Israel supaya membenarkan pilihan raya Palestin diadakan di Baitulmaqdis al-Quds.

Beliau turut meminta EU mendesak negara penjajah Israel membenarkan rakyat Palestin bersuara dan mencalonkan diri dalam pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pilihan raya itu hanya ditunda dan tidak dibatalkan.

Kenyataannya muncul dalam satu ucapan ketika pertemuan dengan wakil EU untuk Palestin, Sven Kühn von Burgsdorff, di pejabat Perdana Menteri di Ramallah.



Sebelum ini, Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat lalu menangguhkan pilihan raya itu yang ditunggu-tunggu sejak 15 tahun lalu, di tengah-tengah krisis dan perpecahan dalam partinya, Fatah.

Polis akan panggil Neelofa, suami beri keterangan

Parti Fatah terbahagi kepada tiga puak menjelang pilihan raya iaitu senarai rasmi calon yang disokong oleh Mahmoud Abbas, sebuah puak yang diketuai oleh tokoh politik Palestin Marwan Barghouti serta barisan individu yang disokong oleh bekas pegawai keselamatan Fatah Mohammad Dahlan.



Penangguhan pilihan raya itu dikecam oleh kebanyakan rakyat Palestin dan pengundi.

Keputusan itu juga dikritik oleh parti lawan, Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas) yang diterajui oleh Ismail Haniyeh, yang menegaskan bahawa tiada alasan kukuh bagi menunda pilihan raya itu.

Ismail berkata, pilihan raya itu adalah satu keperluan bagi menangani ancaman dihadapi pejuang Palestin. -Agensi

Finas tolak permohonan geran Afdlin Shauki bermotif politik, kata Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker