Finas tolak permohonan geran Afdlin Shauki bermotif politik, kata Anwar

Sebaran :


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menolak permohonan geran penerbit dan pelakon, Afdlin Shauki, bermotifkan politik.

Presiden PKR itu menyifatkan penolakan berkenaan mendukacitakan dan alasan diberikan Finas bagi menafikan dakwaan itu amat cetek serta dangkal.

“Meskipun orang yang bertanggungjawab mengemudi Finas saat ini adalah orang politik, saya yakin isu ini dapat dilihat dan diurus tanpa pengaruh dan kecenderungan politik.

“Saya tuntut permohonan Afdlin dilihat dan dikaji semula dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Jumaat lalu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata, penolakan permohonan Afdlin itu sama sekali tidak membabitkan unsur pilih kasih atau sentimen perkauman dan kecenderungan politik.

Pada 13 Dis 2020, Zakaria yang juga bekas ahli PKR, mengumumkan penyertaannya dalam Bersatu bersama 300 ahli Penggerak Komuniti Negara.

Semalam, Afdlin dilaporkan berkata, beliau tidak terkejut permohonan gerannya untuk penerbitan filem “Angel of Sandakan” ditolak kerana beliau menyuarakan sokongan kepada PKR baru-baru ini.

Afdlin yang menyertai PKR pada 31 Mac lalu berkata, projek penerbitan filem itu bertujuan memenuhi aspirasi kerajaan untuk mendapat pencalonan atau memenangi Anugera Academy atau Oscars. FMT

Berjayakah Afdlin dan Altimet dalam arena politik?


Sebaran :

Leave a Reply