Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab Kerana Anaiya Artis-artis & Anak Yatim
Baru-baru ini tular mengenai beberapa artis menghadiri sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Dalam gambar yang tular di media sosial itu, beberapa artis, antaranya penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz kelihatan di majlis berbuka puasa berkenaan.
Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab
Sementara itu, di Instagram, Caprice memohon seorang Instafamous supaya bertanggungjawab dan membuat pengakuan kepada pihak polis. Caprice berkata, instafamous ini telah hadir pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Rindu Raudah.
Malah wanita ini membawa jurukamera sendiri dan menarik artis-artis dan anak-anak yatim di luar ‘event hall’, untuk bergambar dengan produknya.
“Demi product and marketing, sanggup aniaya artis-artis lain dan anak yatim? @nurinafiqaaah please confess to the police that you came to @rinduraudahofficial private buka puasa, bawak cameraman you, dan pandai-pandai tarik artis dan anak yatim di LUAR event hall untuk bergambar dengan your product… pandai-pandai buat kerja, pandai-pandai lah tanggung.”- tulisnya di Instagram.
Akibat dari tindakan instafamous ini, Caprice mendapat banyak panggilan dari media untuk membuat penjelasan kerana dia juga menghadiri majlis tersebut. Sedangkan hal ini berpunca dari instafamous tersebut.
“Yang pelik keluar news nama kita dan artis lain. Tapi nama instafamous yang buat semua kerja ni langsung tiada”- komennya.
Menurut laporan dari BH Online, majlis tersebut telah diadakan pada 29 April dan setakat ini, 3 individu membabitkan penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel sudah dipanggil untuk beri keterangan.-Murai
Majlis berbuka langgar SOP: Caprice, Iman Troye, PU Hafiz akan ‘dipanggil’ polis
You must be logged in to post a comment.