[VIDEO] Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Supaya Individu Dah Swab Test Boleh Rentas Negeri.
Kes harian Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari seolah ‘petanda’ awal penganut Islam di Malaysia bakal dihaIang daripada merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman merayakan sambutan Aidilfitri.
Di media sosial, ramai yang mula meIuahkan rasa kecewa dengan beberapa keputusan kerajaan dalam menangani pandemik ini. Mana tidaknya, sudah beberapa bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa ibu bapa dan keluarga tersayang melainkan atas urusan pekerjaan, kecemasan, dan pelancongan bagi sesetengah negeri.
Sungguh Berat mata memandang.
Di Instagram, penyanyi, Mila Jirin AF memuat naik satu posting yang menunjukkan seorang ayah sedang menangis kerana terlalu rindu pada anak-anaknya. Menerusi video tersebut juga, saIah seorang daripada anak warga emas itu cuba menenangkan ayahnya agar tidak menangis lagi. Tambah anak tersebut, suatu hari nanti mereka sekeluarga pasti berkumpul semula.
VIDEO DIBAWAH:-
Sedih melihat posting tersebut, Mila melontarkan pendapatnya agar kerajaan memberi kebenaran merentas negeri. Mila mencadangkan individu yang telah membuat swab test diberi kebenaran merentas negeri hanya berjumpa ibu bapa.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) tak boleh ke buat SOP ‘wajib swab test dan negatif’ beri kebenaran apply rentas negeri balik rumah ibu bapa sahaja buat mereka yang betul-betul perlu balik. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikuI.
Harap ada berita gembira
Setuju, hargailah masa orang tua yang masih ada.
Kerinduan ibu bapa lebih mematikan daripada covld-19.
Sedihnya rindu mak ayah dekat kampung dah. Harap ada berita gembira.
Rata-rata rakan artis dan netizen meninggalkan komen sedih bahawa mereka turut merasai perasaan warga emas tersebut. Malah, ada juga yang masih berharap bahawa pihak kerajaan akan mengumumkan berita yang baik tldak lama lagi-OB
Sumber: Instagram Mila Jirin
You must be logged in to post a comment.