Polis siasat pembaca berita TV timbulkan fitnah


Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan pembaca berita itu telah menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

“Ini kerana tindakan dilakukan PDRM itu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada bagi tujuan mengekang penularan wabak pandemik Covid-19,” katanya kepada BH, hari ini.



Acryl Sani mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita.

Sehingga kini, kes berkenaan masih berada di dalam siasatan polis.

Laporan berkenaan adalah berhubung kejadian seorang peniaga burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. HM



Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker