Video tular tiada kaitan dengan ajaran Tok Kenali

Video tular tiada kaitan dengan ajaran Tok Kenali

KOTA BHARU: Cicit kepada Tok Kenali menegaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.

Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, berkata, perkara terbabit juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuk kerajaan negeri Kelantan.



Bagaimanapun, katanya, van yang dipercayai membawa kumpulan berkenaan menunjukkan nombor pendaftaran daripada negara jiran, Thailand.

“Makam Tok Kenali sentiasa terbuka kepada sesiapa selama 24 jam, malah pada waktu tengah malam juga ramai yang datang menziarah.

“Saya sebagai wakil keluarga Tok Kenali menasihatkan kepada semua yang datang supaya menjaga akhlak dan adab sebagaimana diajar oleh alim ulamak.

“Kita perlu bersopan santun dan tidak berlebih-lebihan kerana akan menjadi fitnah kepada masyarakat,” katanya menerusi satu video tiktok, semalam.



Muhammad Hafiz turut menasihatkan golongan wanita untuk tidak memasuki kawasan dalam pagar makam, manakala bagi kaum lelaki diminta jangan melakukan perbuatan atau amalan khilafiah.

Terdahulu tular, satu video berdurasi 20 saat yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir dalam keadaan mencurigakan.

Video tular tiada kaitan dengan ajaran Tok Kenali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker