Zakar dipotong selepas cuba rogol anak saudara


Seorang lelaki menerima padah apabila zakarnya dipotong dan diberi makan kepada babi hutan selepas cuba merogol anak saudaranya sendiri, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lalu itu, lelaki berusia 36 tahun yang tidak didedahkan identitinya ‘dihukum’ oleh teman lelaki anak saudaranya itu bersama sepupunya selepas lelaki tersebut cuba merogol gadis itu ketika sedang mabuk.

Kedua-dua suspek telah ditahan dan lelaki tersebut dibawa ke hospital.

Sebelum insiden itu berlaku, kedua-dua suspek menghubungi mangsa dan bertanya jika dia mahu bersama-sama mereka memberi makanan kepada babi hutan di sebuah ladang tebu.

Setibanya mangsa di lokasi, suspek memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri lalu menanggalkan seluarnya sebelum memotong zakar mangsa.

Mangsa yang tersedar kemudian berjalan pulang dengan bahagian sulitnya dipenuhi darah dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Pasukan perubatan tempatan sempat menghentikan pendarahan sekaligus menyelamatkan nyawa mangsa.

Pakar bedah yang merawat mangsa, Felipe Lobo berkata zakar dan skrotum mangsa telah dipotong dan bahagian luar kemaluannya telah hilang.

“Apa yang kami lakukan ialah menghentikan pendarahan, memberi pemindahan darah dan membersihkan luka,” katanya. Agensi

Kemaluan lelaki Pakistan dipotong 4 lelaki di Klang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker