Biodata Artis Aaron Aziz

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Aaron Aziz yang di kemaskini pada 27 Apr 2021. Aaron Aziz atau nama sebenarny Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz, DIMP (lahir 23 Februari 1976) ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di negara kelahirannya pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7, Maggi, dan L’Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.



Dato’ Aaron Aziz
DIMP
Kelahiran
Aaron Mustapha bin Aziz

23 Februari 1976 (umur 45)

Tampines, Singapura
Pekerjaan Pelakon, pengarah, pengacara, penyanyi, model
Tahun aktif 2001–kini
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Pasangan Diyana Halik (k. 2003)
Anak 3
Ibu bapa
  • Juriana Jaafar (ibu)

FOTO



 

Aaron Aziz masih terima tawaran lakonan meski sibuk berniaga



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker