Resepi Kuih Onde-Onde Bunga Telang Memang Rare

Resepi Kuih Onde-Onde Bunga Telang Memang Rare

Bosan juga kalau selalu makan kuih onde-onde warna hijau. Bila jumpa onde-onde warna biru ni, teruja pula rasa nak buat. Jom la kita follow resepi onde-onde bunga telang ni di sini.

Kenapa panggil bunga telang? Ha! Warna onde-onde ni sebenarnya terhasil dari air rebusan bunga telang. Bunga telang ni sebenarnya banyak manfaatnya.



Antara khasiat air rebusan bunga telang adalah meningkatkan kewanitaan, mengecutkan jerawat, ubat insomnia, batuk, sebagai detox dan macam-macam lagi.

Warna kuih ni menarik sangat! Bila dah siap nak uli dengan kelapa parut memang lagi cantik jadinya.

Rasa tak nak makan pun ada! Mudah je nak buat, sama macam onde-onde biasa yang korang letak pewarna atau air pandan tu.

Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana kuih onde-onde bunga telang ni di buat, apa kata korang follow resepi yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal ni.



Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
30+ kuntum Bunga Telang (rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)
Gula melaka (dipotong kecil)
1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)
Sedikit air kapur
3 helai daun pandan (disimpul)

Cara membuatnya:

1. Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama. Kemudian, gaulkan sedikit garam.



2. Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air bunga telang dan air kapur.

3. Gaul sedikit demi sedikit hinga adunan tidak melekat di tangan.

4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.

5. Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.



6. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih bersama dengan daun pandan yang sudah disimpul.

7. Masukkan bebola tepung tadi, dan sederhanakan api.

8. Apabila bebola sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan.

9. Gaul bersama kelapa parut ketika masih panas. Onde-onde bunga telang siap untuk dihidang.



Selamat mencuba.

Kredit: Siti Khairun Nur Akmal

Resepi Kuih Onde-Onde Bunga Telang Memang Rare


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker