Pemuda maut tersepit kereta rempuh pokok

GEORGE TOWN – Seorang pemuda maut tersepit selepas kereta yang dipercayai dinaiki bersama seorang rakan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Gelugor di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Nornizam Shahidan yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggalkan di tempat kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi.

Dalam kejadian itu, rakan mangsa, Zamry Fazil, 49, yang memandu kereta jenis Honda Accord itu dilaporkan dalam keadaan stabil.



Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.22 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Anggota bomba sedang melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta.

Menurutnya, tindakan anggota adalah mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan peralataan khas.

“Sebaik tiba, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala rakannya telahpun dibawa keluar oleh orang awam.

“Mangsa ditemui tersepit dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala. Kita mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mayatnya sebelum diserahkan kepada pasukan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi. – K! ONLINE



Dua maut tersepit nahas dua kenderaan – Al-Fatihah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker