Peranti terpantas & ‘Smooth’, ini faktor kenapa OnePlus 8T Flagship Terbaik · MYKMU.NET

Peranti terpantas & ‘Smooth’, ini faktor kenapa OnePlus 8T Flagship Terbaik

Share

Menggunakan tagline Never Settle, jenama OnePlus tidak pernah gagal untuk membuatkan kaki-kaki gajet dalam setiap edisi terbaharu telefon pintar milik mereka. Lebih menarik, pada setiap keluaran peranti OnePlus akan disebut-sebut kerana dilengkapi dengan spesifikasi yang mantap tetapi boleh dimiliki dengan harga mesra poket.

OnePlus sekali lagi berjaya membuatkan ramai bertepuk tangan dengan telefon pintar terbaharu mereka pada kali ini. Digelar OnePlus 8T, sememangnya tampil bergaya dengan kelainan tersendiri berbanding keluaran terdahulu.

#1 Paparan Skrin 120 Hz

Tampil dengan paparan 120Hz Fluid AMOLED, OnePlus 8T menjanjikan kesempurnaan dalam setiap bingkai. Pengguna juga bakal merasai satu pengalaman yang berbeza saat scroll skrin peranti ini kerana menjanjikan tindak balas yang laju lagi memuaskan.

Paparan ini juga dilengkapi dengan JNCD 0.3 dan kelipan sebagai sensor pengesan serta pelarasan kecerahan automatik tahap 8192  pada skrin OnePlus 8T.

Bila swipe kiri kanan, smooth macam air. Takdek sangkut-sangkut!

#2 Ketahanan bateri dan menyokong pengecasan pantas

OnePlus 8T dihadirkan dengan sokongan bateri sebesar 4,500mAh. Ketahanan bateri yang dimiliki oleh peranti pintar ini sudah cukup seimbang dan memadai buat kegunaan harian pengguna hari ini.

Bateri tahan lama, pengecasan pula macam mana?

Selain kapasiti bateri, OnePlus 8T turut menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65W yang menggunakan USB-C kepada USB-C. Pengecasan bateri pada tahap 58% mengambil masa sepantas 15 minit sahaja!

Manakala, pengecasan penuh pula hanya mengambil masa sekitar 39 minit. Di samping itu, pengecas ini juga boleh digunakan oleh peranti lain termasuk komputer riba dan tablet dengan output sebanyak 45W.

Pengecas ini turut menyokong piawaian terkini USB Power Delivery Programmable Power Supply (PPS) dan disertakan bersama secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran.

#3 Kamera sistem quad

Empat jenis kamera pada peranti OnePlus 8T memberikan pengguna merasai pengalaman fotografi ketahap yang baru bersama kit kamera yang mantap dan serba boleh! 48MP yang digabungkan dengan lensa 16MP + 5MP + 2MP serta kamera swafoto 16MP.

Quad kamera ini membuatkan setiap tangkapan korang tampak professional dengan hanya menggunakan satu peranti sahaja.

Jadi tiada hal untuk bergambar pada waktu malam kerana turut dilengkapi dengan mod nightscapeNightscape bakal memastikan gambar diambil dengan sempurna dan ditambah dengan fungsi wildest-ultra sejauh 123 degree.

Gambar lebih luas dan terang tanpa perlukan bantuan pakar. Hanya OnePlus 8T!

# 4 Gabungan OxygenOS 11 & Snapdragon 865

Prestasi OnePlus 8T ini dijana oleh cipset Snapdragon 865 manakala sistem operasinya dilengkapi dengan OxygenOS 11 berdasarkan Android 11.

Pemprosesan Snapdragon 865 memang diakui kehebatannya. Ia turut disokong dengan penyambungan 5G dan 12GB RAM + 256gb UFS 3.1 penyimpanan. Lagi best, sistem penyejukkan peranti digunakan untuk memastikan korang boleh ber-gaming dengan selesa.

Selain pantas  dan smooth, OxygenOS 11 pula menampilkan beberapa fungsi baru antaranya ciptaan Bitmoji, skrin sentiasa terpasang (AOD), Mod Malap (Dark Mode), Zen Mode dan banyak lagi.

#5 Reka bentuk dengan bahan premium!

Reka bentuk yang unik, slim contours membuat bingkai OnePlus 8T  tampil sempurna. Rekaan lanskap fleksibel pada paparan 120Hz Fluid AMOLED menjadikan ia satu skrin edge-to-edge yang licin.

Warna hijau aquamarine dan lunar silver menggoda dan dilengkapi modul kamera berbentuk segi empat dengan susunan lansa kuad-kamera berbentuk huruf L, menaikkan lagi profil premium pada OnePlus 8T.

Ehmm, takkan nak tengok je?

Pastikan korang antara yang terawal dapat memiliki OnePlus 8T! Secara rasminya, OnePlus 8T ini akan menemui pengguna di pasaran Malaysia bermula 22 Oktober 2020! Tunggu apa lagi…

Malas keluar rumah? Takpe! Pesanan dan penghantaran melalui Lazada turut disediakan. Tekan di sini untuk order.

Miliki smartphone berspesifikasi terbaik dengan harga yang berbaloi.

Kredit: OhMyMedia

Apple bakal perkenal iPhone 12 pada 14 Oktober

Leave a Reply