Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful

Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful

Jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi menyiasat tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui surat Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob kepada Setiausaha Hakim Collin Lawrence Sequerah yang memohon mempercepatkan perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatasi kes 1MDB.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, jawatankuasa itu perlu menyiasat dalang di sebalik agenda penghakiman terancang itu supaya sistem kehakiman negara kembali telus dalam menjalankan peranannya.

“Saya percaya jika isu ini tidak diambil tindakan yang sewajarnya, perkara ini akan menyebabkan defisit kepercayaan rakyat terhadap ketelusan sistem kehakiman negara dalam menjalankan perbicaraan dan menegakkan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, walaupun permohonan tersebut telah ditarik balik setelah tular di laman media sosial namun tindakan kontroversi itu jelas menggambarkan wujud suatu bentuk penghakiman terancang yang menentukan dan mengawal pengurusan sistem kehakiman negara kita.

“Saya percaya sistem kehakiman sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa tidak sewajarnya dikawal dan diarah oleh pihak lain.

Sistem kehakiman seharusnya bersifat bebas dan menjalankan peranannya dalam menjunjung nilai keadilan. “Saya mempersoalkan di mana nilai ‘Bertekad Menegakkan Keadilan’ yang menjadi nadi perjuangan sistem kehakiman negara.

Di mana keadilannya jika perbicaraan kes boleh disusun atur tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Di mana tekadnya jika isu ini hanya didiamkan tanpa sebarang tindakan daripada pihak mahkamah?” soalnya.

Menurut beliau, sekali pun Hakim Collin kemudian memberi maklum balas bahawa perbicaraan itu akan diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan tiada pihak yang boleh mengarahkan mahkamah untuk mengutamakan mana-mana kes yang sedang dibicarakan namun apa tindakan Ketua Hakim Negara atas kelakuan menghina sistem kehakiman negara ini.

Beliau berkata, tiada sebarang klausa undang-undang yang memberikan hak kepada peguam negara untuk menentukan aturan perbicaraan kes bagi mana-mana mahkamah.

“Rakyat pasti perlukan penjelasan berkenaan tindakan pihak Peguam Negara dan alasan munasabah disebalik tuntutan ini.

“Saya percaya jika isu ini tidak diambil tindakan yang sewajarnya, perkara ini akan menyebabkan defisit kepercayaan rakyat terhadap ketelusan sistem kehakiman negara dalam menjalankan perbicaraan dan menegakkan keadilan,” katanya. MG

Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker