Bagilah Bell Ngasri gelaran Datuk

 

Sebetulnya, Cik Bunga memang sudah lama berhajat nak temu bual pelakon ini.

Jadi bila baru-baru ini dapat peluang itu, rasa macam satu hajat sudah tercapai. Ternyata memang orangnya sangat sempoi.

Sempat juga dia berseloroh di corong telefon ‘ada bayaran tak ini? Bell Ngasri memang suka duit-duit ini’. Mujurlah dia bergurau saja, kalau tak, terkedu juga Cik Bunga.

Cik Bunga hormati Bell ini kerana dia tak ada pun gosip-gosip liar. Walhal, dia bukannya tak popular. Lagi satu, Cik Bunga pelik juga, walaupun dia berlakon hebat, bawa watak apa pun boleh termasuklah beraksi komedi, kenapa dia macam tak pernah diangkat dalam dunia hiburan untuk anugerah-anugerah tertentu dalam industri?

Soalan itu juga timbul dalam kalangan peminatnya yang selama ini melihat perkembangan kerjaya seni pelakon ini sejak kecil. Rata-rata memang mengharapkan Bell menang sebarang anugerah kerana lakonannya sentiasa menjadi dan melekat di hati penonton.

Malah, beberapa tahun kebelakangan ini juga namanya semakin dikenali dan diketengahkan untuk program-program televisyen mahupun projek drama atau telefilem. Jaranglah orang tak akan ambil dia. Mesti ON saja.

Cik Bunga harap suara-suara peminat yang mahukan Bell menang sebarang anugerah dapatlah didengari oleh warga industri. Tak akanlah nak tunggu dia tiada baru nak beri anugerah ye tak? Begitulah lazimnya, hairan juga kita.

Kalau tak nak bagi anugerah lakonan, beri gelaran Datuk pun boleh atas sumbangannya sebagai seorang penghibur sepanjang zaman. Kenapa tidak bukan?

Tak apa Bell, janji Bell sentiasa menang dan juara di hati peminat dan masyarakat. Yak Yak Yeay!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker