Kecoh selepas seorang lelaki menjerit dan terus berbogel dalam pesawat AirAsia



Sebaran :


Penumpang pesawat AirAsia menuju ke New Delhi cemas seketika apabila seorang lelaki mendakwa terdapat bom di dalam jaket keselamatan yang dipakainya.

Apabila didekati anak kapal, lelaki berkenaan bertindak menanggalkan semua pakaiannya, menurut portal berita Newsweek.

Insiden pada 6 April lalu memaksa pesawat i5-722 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kempegowda, India untuk membuat pendaratan cemas.



“Seorang penumpang pesawat i5-722 bertindak tidak senonoh termasuk terhadap anak kapal kami yang bertugas ketika itu,” kata jurucakap AirAsia kepada portal berita The Hindu.

Saksi kejadian memberitah agensi berita ANI, kejadian bermula selepas lelaki berkenaan bertengkar dengan seorang anak kapal berkenaan jaket keselamatan.

“Satu pertelingkahan berlaku di antara lelaki tersebut dengan seorang anak kapal mengenai jaket keselamatan.



“Keadaan terus menjadi tegang selepas lelaki itu mendakwa jaket berkenaan mengandungi bom dan terus menanggalkan pakaiannya satu demi satu,” jelas saksi berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan beberapa anak kapal dan penumpang cuba menenangkan lelaki berkenaan, namun tidak berjaya.
Pesawat terbabit kemudian membuat pendaratan cemas dan lelaki itu ditahan polis.

Menurut laporan portal berita New Indian Express, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.



Jurucakap AirAsia itu menambah, keputusan untuk tidak membenarkan lelaki tersebut menaiki mana-mana pesawat kendaliannya selepas ini akan ditentukan tidak lama lagi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (DGCA) membenarkan mana-mana syarikat penerbangan menghalang individu menggunakan perkhidmatannya untuk tempoh tiga bulan sehingga seumur hidup terhadap penumpang yang melakukan kekecohan melampau di dalam pesawat sehingga mengundang risiko terhadap penumpang lain.

AirAsia di India merupakan usaha sama di antara AirAsia Berhad dan konglomerat India, Tata Sons. Awani



“Eh B*gel Ke?” Lain Macam Je…Padam Dan Tutup Ruangan Komen Netizen, Video Zahida Rafik Dikecam


Sebaran :


Leave a Reply