Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis


JOHOR BAHRU: Polis menahan lima remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun susulan video kejadian pelajar Tingkatan Dua ditampar dan dikepung tular di media sosial hari ini, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain.

Padzli dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku akibat rasa tidak puas hati suspek kerana beranggapan mangsa mengejek adik saudaranya.

“Oleh demikian, suspek bersama empat rakannya telah bertindak menyerang dan memukul pengadu beberapa kali pada bahagian muka,” kata beliau.

Terdahulu, FMT melaporkan polis sedang menyiasat kejadian pelajar tersebut yang dipukul dalam serangan melibatkan sekumpulan remaja, seperti dilihat dalam video tular tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 53 saat yang dilihat FMT, mangsa dipercayai dikepung dan ditampar kerana mempersendakan seorang individu yang digelar “Abang Vadai”.

Salah seorang remaja itu mengancam akan mencederakan mangsa sekiranya dia bercakap mengenai “Abang Vadai”.

Menurut Mohd Padzli, kes sedang disiasat bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.

Kes ini turut mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia M Saravanan, yang sedih dengan serangan ke atas pelajar itu, dan menerusi catatan di Instagram, beliau bertanya: “Siapa ‘vadai’?” FMT

Tak tahan dibuli, dipukul didakwa punca lelaki Bangladesh bunuh bapa saudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker