Kanak-kanak 9 tahun ditemui mati tergantung di kediaman keluarga



Sebaran :


PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan tergantung di kediaman keluarganya di Flat Temenggong di Kulai, Johor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 3.30 petang.

Setibanya pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai di lokasi kejadian pada pukul 4 petang, ahli keluarganya telah pun menurunkan mayat mangsa.



Difahamkan, pihak hospital yang tiba kira-kira pukul 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Tok dalam satu kenyataan dipetik daripada Utusan Malaysia.

Tinggalkan nota ‘maafkan saya’ sebelum mati


Sebaran :


Leave a Reply