Mahathir tak akan bersara macam Kit Siang

Mahathir tak akan bersara macam Kit Siang

Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan mengikut langkah pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang untuk bersara daripada politik buat masa ini.

Bekas Perdana Menteri itu tidak akan meninggalkan Pejuang kerana terikat dengan keputusan parti.

Bagaimanapun mengenai sama ada mahu bertanding dalam pilihan raya atau tidak, Mahathir memberitahu dia mungkin tidak akan berbuat demikan.

“Itu keputusan dia (Kit Siang). Saya tidak akan tinggalkan Pejuang. Saya masih dengan Pejuang. Mungkin saya tidak akan bertanding. Mungkin. Tapi saya masih belum membuat keputusan sekarang kerana saya harus patuh dengan keputusan parti saya.

“Bukan hanya diri saya sendiri tetapi saya mesti patuh dengan keputusan parti saya untuk perkara yang saya harus lakukan. Itu kita akan putuskan kemudian,” katanya ringkas dalam sidang akhar hari ini.

Kit Siang mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam pada 20 Mac lalu.

Ahli politik berpengalaman itu turut mengumumkan persaraan dalam bidang politik dan tidak akan bertanding bagi pemilihan parti.

Sementara itu, Mahathir berkata, biar pun Pejuang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun parti itu akan meneruskan perjuangannya dalam pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, walaupun Pejuang mempunyai keahlian yang kecil di Johor iaitu seramai 5,000 orang namun sejumlah 18,000 pengundi telah memilih calon Pejuang.

“Yang lain tidak menyokong Pejuang kerana tak mahu keluar. Sebab itu jumlah keluar mengundi hanya 53 peratus ada 47 peratus yang tak keluar.

“Ada yang tidak keluar kerana risau jika sokongan mereka terhadap Pejuang terdedah mungkin ada tindakan diambil terhadap mereka.

“Jadi kami rasa ramai orang di luar sana yang menentang rasuah termasuk rakan di sini tetapi semasa pilihan raya umum mereka perlu keluar mengundi menolak parti amal rasuah dan menyokong Pejuang,” katanya.

Sementara itu, Mahathir berkata, partinya akan bekerjasama dengan Yayasan Anti Rasuah bagi mengekang perbuatan tidak bermoral tersebut.

Pemimpin yayasan berkenaan yang diketuai oleh presidennya, Mohd. Nizam Isa mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Yayasan al-Bukhari hari ini.

Pada pertemuan itu Mohd. Nizam turut menyerahkan borang keahlian untuk memasuki Pejuang. MG

Mahathir tak akan bersara macam Kit Siang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker