Bila nafsu menguasai diri, warga emas rogol OKU hingga mengandung


JIKA tidak mengandung, mungkin tiada siapa tahu yang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah kecacatan mental ini pernah menjadi mangsa rogol.

Peristiwa itu diketahui apabila mangsa yang berusia 40 tahun itu tidak datang bulan dan ujian kehamilan yang dijalankan kakaknya mendapati wanita itu telah mengandung.

Wanita itu kemudiannya mengaku pernah dirogol oleh seorang lelaki yang bekerja di kedai basikal sebelum membuat laporan di Balai Polis Bachok.

Tertuduh yang berusia 60 tahun menyerah diri di pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok Rabu lalu bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Harian Metro Online, hasil siasatan mendapati mangsa dirogol dan mengandung 22 minggu, namun mengalami keguguran Rabu lalu.

Dalam perbicaran hari ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Bahru selepas mengaku bersalah merogol wanita OKU itu sehingga mengandung pada Oktober 2020.

Tertuduh, Aziz Mamat membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol wanita itu walaupun tahu kecacatan mental yang dialami mangsa.

Kejadian itu dilakukan di bilik air sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Kuin Pasir, Jelawat dekat Bachok, lebih kurang jam 7 petang, Oktober 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun sehingga 30 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh merayu supaya mahkamah meringankan hukuman memandangkan dia mengalami sakit gout dan mempunyai anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh.

Katanya, sebagai seorang yang sudah berusia, sepatutnya tertuduh menunjukkan akhlak yang baik dan menjaga OKU serta hukuman itu mampu memberi pengajaran kepada orang awam.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun yang bermula dari tarikh ditangkap pada 7 April dan satu sebatan kepada tertuduh. Utv

Pemandu e-hailing ditahan samun, cabul penumpang wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker