Pemandu e-hailing ditahan samun, cabul penumpang wanita


GOMBAK – Polis menahan seorang pemandu e-hailing kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol seorang wanita di sebuah kawasan Air Terjun Sungai Tua, Batu Caves semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan selepas hadir merakam keterangan di Balai Polis Selayang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun dalam perjalanan dari tempat kerja untuk pulang ke rumah menaiki kereta jenis Perodua Axia dipandu suspek.

Katanya, ketika dalam perjalanan, suspek telah membawa pengadu melalui laluan yang berbeza hingga tiba di kawasan Air Terjun Sungai Tua.



“Suspek kemudiannya telah memberhentikan kenderaannya dan menarik tangan pengadu sehingga jatuh terbaring sebelum merampas telefon bimbit pengadu.

“Ketika suspek cuba mencabul mangsa, mangsa telah meronta dan berjaya melarikan diri sebelum meminta bantuan daripada penduduk setempat. Dia kemudiannya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Arifai berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok untuk permohonan reman.

Kes disiasat mengikut siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan. K Online



Pemandu e-Hailing Trauma Dicabul, Samun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker