Tak masuk akal direman 14 hari demi sahkan dokumen isteri warga asing? kata peguam — MYKMU.NET

Tak masuk akal direman 14 hari demi sahkan dokumen isteri warga asing? kata peguam



Sebaran :

KLANG: Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis menahan seorang wanita Vietnam selama 14 hari, yang sah berkahwin dengan seorang warga tempatan, demi memastikan dokumennya sah, walaupun Malaysia mempunyai sistem yang dapat melakukannya “dalam” beberapa jam saja.

V Vemal Arasan berkata, majistret mengeluarkan perintah reman 14 hari terhadap Tran Thi Thoai Trin, 25, di bawah Akta Imigresen untuk mengesahkan dokumennya selepas dia ditahan kerana gagal mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki sebuah restoran awal minggu ini.

“Ibu kepada seorang anak itu berkahwin dengan ejen hartanah dan ada sistem yang boleh mengesahkan statusnya dengan segera di mana-mana balai polis atau pusat imigresen,” katanya kepada FMT.



Vemal berkata, Tran kini ditahan di Depot Imigresen di Sepang, sebuah pusat tahanan untuk pendatang asing tanpa izin.

Katanya, walaupun Akta Imigresen membenarkan penahanan tersebut, kes Tran kecuali kerana dia memiliki dokumen sah untuk tinggal di negara ini.

20 pegawai imigresen positif Covid-19

Beliau berkata, suami Tran bersedia membayar kompaun dan sudah mengemukakan semua dokumen diperlukan supaya isterinya dibebaskan.



“Suami mangsa menunjukkan dokumen asal kepada polis pada 13 Mac lalu, tetapi mereka menganggapnya palsu dan mahu mengesahkannya.

“Bagaimanapun, dalam era teknologi yang serba canggih ini, anda tidak perlu dua minggu untuk menyelesaikan proses itu,” katanya sambil menambah undang-undang tidak boleh disalahgunakan.

Semalam, peguam itu memfailkan permohonan semakan untuk hakim Mahkamah Tinggi membatalkan perintah reman sebagai tidak sah.



“Bagaimanapun, seorang pegawai mahkamah meminta saya menyelesaikan perkara itu kerana ia antara anak guam saya dan pegawai penyiasat polis.”

Malaysia tak mungkin ikut jejak Singapura, kata pakar kesihatan

Beliau berkata, pegawai mahkamah itu menghantar e-mel petang tadi untuk memaklumakn hakim sudah menolak permohonan itu tanpa mendengar hujahnya dan peguam kerajaan.

“Semakan dibenarkan berhubung perkara ini dan dalam keadaan biasa, kedua-dua pihak akan diberi peluang untuk didengari.”



Vemal berkata, beliau sudah menulis surat kepada Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed hari ini untuk mengarahkan hakim lain mendengar semula permohonan itu, walaupun pada hujung minggu kerana wanita itu dinafikan kebebasannya secara tidak adil.

Katanya, kes Tran adalah satu lagi contoh ketidakadilan yang perlu ditanggung sesetengah warga asing di Malaysia, apabila kebebasan mereka diinjak.

 

SPRM tahan timbalan pengarah imigresen terbabit sindiket


Sebaran :


One thought on “Tak masuk akal direman 14 hari demi sahkan dokumen isteri warga asing? kata peguam

  • March 20, 2021 at 11:18
    Permalink

    mesti besar bayaran kepada peguam keleng tu kalau tak dia tak akan besar kepala sampai arah hakim besar tukar hakim yang dengar rayuan anak guamnya

    Reply

Leave a Reply