Malaysia tak mungkin ikut jejak Singapura, kata pakar kesihatan

Share

Seorang pakar kesihatan awam berusaha meredakan kebimbangan berhubung lonjakan kes Covid-19 dalam kalangan pekerja asing akan menyaksikan Malaysia mengikuti jejak Singapura, di mana jumlahnya melonjak berikutan jangkitan dalam kalangan komuniti pendatang asing yang tinggal di asrama di republik itu.

Dr Rafdzah Ahmad Zaki, pakar kesihatan awam dari Universiti Malaya, berkata lebih banyak kes Covid-19 mungkin akan dilihat pada masa akan datang membabitkan kluster baru depot imigresen.

Bagaimanapun, beliau berkata pekerja di Singapura mempunyai kontak yang lebih besar dengan masyarakat umum kerana lokasi asrama dalam sempadan bandar.

Di Malaysia, katanya, pusat imigresen jauh dari pusat bandar dan tahanan hampir tiada kontak dengan komuniti lain.

Rafdzah berkata usaha kerajaan mengekang pertambahan kluster itu akan mengurangkan jumlah kes dalam beberapa minggu akan datang.

Singapura melaporkan 1,000 kes pada 1 April dengan 10 jangkitan membabitkan pekerja yang tinggal di asrama. Dua minggu selepas itu, jumlah kes meningkat lebih 4 kali ganda dengan 4,427 jangkitan pada 16 April, 60% daripadanya membabitkan pekerja asing yang tinggal dalam kuarters yang sempit.

Sehingga semalam, republik itu merekodkan lebih 32,000 kes, dengan kebanyakannya dalam kalangan pekerja asing.

Sementara itu di Malaysia, 3 kluster baru membabitkan depot imigresen di Sepang, Semenyih dan Bukit Jalil yang dikesan baru-baru ini berikutan lonjakan kes dalam kalangan pekerja asing di situ.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca jangkitan baru itu, bagaimanapun menambah ia mungkin berpunca daripada pendatang asing tanpa izin yang ditahan ketika serbuan imigresen di pelbagai lokasi termasuk Jalan Masjid India di Kuala Lumpur.

Rafdzah berkata, kebimbangan utama adalah peningkatan jumlah kes dalam kalangan pekerja binaan asing berikutan pekerja terbabit bebas bergerak.

Memetik kluster pengawal keselamatan Cheras dan kluster tapak binaan di Setia Alam, beliau berkata penting untuk masyarakat terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) walaupun tidak ada kes baru yang dilaporkan di kawasan mereka.

Memberi tempoh 14 hari inkubasi virus, katanya, peningkatan jumlah kes yang tidak berkaitan dengan pusat imigresen mungkin mencerminkan kesan langkah kerajaan pada 4 Mei untuk melonggarkan sekatan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulakan ekonomi.

Mengenai sebarang kesan yang timbul berikutan pergerakan orang ramai semasa perayaan Hari Raya baru-baru ini, Rafdzah berkata peningkatan jumlah kes dapat dilihat dalam tempoh 2 minggu.

Berdasarkan tahap kepatuhan semasa, beliau berkata ia mungkin berlaku.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye bersetuju kesan dalam penularan tempatan mungkin akan dilihat dalam seminggu atau 2 minggu.

Namun, beliau menyuarakan harapan kesan itu mungkin kecil.

Beliau berkata jumlah besar kes baru membabitkan warga asing, membuatkan mereka lebih berisiko dijangkiti virus itu.

Memetik kajian dari Jerman mengenai kadar penularan antara kontak rapat pesakit Covid-19, beliau berkata 75% daripada mereka yang tinggal di rumah yang sama dengan individu yang diuji positif akan dijangkiti.

“Inilah sebabnya mengapa sangat penting bagi pusat-pusat tahanan untuk melaksanakan langkah-langkah penjarakkan sosial dan pencegahan,” katanya.

Semalam, kementerian kesihatan mengesahkan 187 kes baru, yang kebanyakannya membabitkan warga asing, menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara sebanyak 7,604.

FMT

(Visited 71 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!