Azhar Abdul Hamid letak jawatan sebagai Pengerusi FGV mulai 1 April

 

KUALA LUMPUR: Datuk Wira Azhar Abdul Hamid akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif FGV Holdings Bhd berkuat kuasa 1 April depan

FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Azhar, 59, yang menyertai syarikat itu pada 2017, meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan beliau yang lain.



“Semasa perubahan pengurusan dalam FGV, beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif interim dari Oktober 2018 hingga akhir Januari 2019,” kata pengeluar minyak sawit mentah itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker