Covid-19: SK Taman Cempaka ditutup tujuh hari

 

JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka, Tampoi di sini diarah tutup selama tujuh hari berikutan terdapat kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, penutupan itu berkuat kuasa Khamis hingga 25 Mac bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Beliau berkata, setakat ini semua warga sekolah termasuk murid sudah menjalani ujian calitan.

“Sekolah hanya akan dibuka semula apabila selesai proses sanitasi dijalankan,” katanya sebagai mengulas satu memo tular di media sosial yang memaklumkan penutupan sekolah berkenaan.

Penutupan itu selepas lima warga sekolah dengan tiga daripadanya murid dikatakan positif Covid-19. – Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker