SPRM tahan timbalan pengarah imigresen terbabit sindiket

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan ke atas sebuah sindiket imigresen.

Menurut sumber, timbalan pengarah yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dan 2 lagi pegawai imigresen ialah tangkapan terbaru dalam operasi besar bersama SPRM dan Jabatan Imigresen yang dikenali sebagai Ops Selat.

“Mereka sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman,” kata sumber itu.

Ini menjadikan 53 individu ditahan sejak 16 Nov lalu, termasuk 33 anggota imigresen yang ditugaskan di KLIA, klia2 dan Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi turut dirampas pihak berkuasa setakat ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi FMT mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, sindiket itu, yang aktif sejak setahun lalu, dilaporkan membantu majikan yang mahu pekerja asing mereka terus kekal di negara ini atau pulang ke negara asal.

Sindiket itu mempunyai 2 modus operandi, dengan yang pertama ialah mengeluarkan “pasport terbang” kepada mereka yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial, tetapi bekerja di sini secara haram.

Ejen akan mengumpul pasport pekerja asing dan membayar pegawai imigresen untuk cop pasport mereka bagi menunjukkan mereka sudah keluar negara selepas 3 bulan dan masuk semula secara sah. Dengan cara ini mereka boleh berada di sini selama 3 bulan lagi.

Modus operandi ke-2 ialah “kaunter setting” bagi pendatang asing yang disenaraihitamkan atas kesalahan imigresen, di mana pendatang asing itu akan ke “kaunter setting” di KLIA dan membayar sehingga RM6,000 untuk dibenarkan keluar negara, walaupun disenaraihitamkan. FMT

3 pegawai imigresen ditahan terbabit seludup warga asing di Johor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker