Al-Fatihah : Nota Akhir Pesakit COVID-19: ‘Abah Minta Maaf, Jaga Diri’

IPOH: “Tolong doa dan terus solat hajat. Abah mintak maaf. Jaga diri semua.” Demikian pesanan terakhir pesakit COVID-19, Mohamad Talib sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Rabu lalu.

Mohamad, 58, menitipkan pesanan itu kepada isteri dan anaknya ketika menerima rawatan selepas disahkan menghidap COVID-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Beliau berkata, Allahyarham yang menghidap penyakit buah pinggang itu disahkan positif COVID-19, Khamis minggu lalu, sebelum dikejarkan ke HRPB bagi menjalani rawatan dan kuarantin.

“Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif. Malah, keadaannya semakin teruk dan doktor membuat keputusan untuk memberi sedatif, Isnin lalu.

“Abah sempat menulis pesanan terakhir sebelum diberi sedatif. Dia tidak berupaya untuk bercakap dan kami berpeluang membuat panggilan video sebelum koma,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga, termasuk anak saudara berusia sebulan, disahkan positif COVID-19 dan tidak berpeluang menghadiri upacara pengebumian ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, di sini.

“Hanya saya seorang boleh menghadiri pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak berpeluang mengucup arwah ayah buat kali terakhir. Saya hanya mampu melihat jenazah buat kali terakhir dari jarak jauh.

“COVID-19 ialah penyakit serius dan ayah sudah tiada… saya harap masyarakat mengambil berat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.-BH

Sumber: Facebook Fika Mira

“Seluruh PahaIa Saya Sebagai Doktor Adalah Untuk Abah” – Lawa Betul Dr. Syafiqa Hayra Anak PeIawak Arwah Mr. OS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker