ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan

 

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria membuat laporan polis menafikan terlibat dalam aktiviti pembalakan yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurutnya, dakwaan yang dimuat naik pemilik Facebook itu telah mengaitkan dirinya kononnya meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, laporan polis dibuat bagi membersihkan namanya kerana dakwaan pemilik tersebut berbentuk fitnah yang menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat.

Mukhriz pura-pura tak tahu ganti rugi RM1.5 bilion dituntut pembalak, kata MB

“Semakan yang dibuat daripada pejabat daerah dan tanah serta pejabat perhutanan Daerah Larut, Matang dan Selama mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan mahupun lesen dikeluarkan dalam kawasan DUN Batu Kurau.

“Ia merupakan kawasan bersebelahan tetapi telah dikaitkan dengan Batu Kurau. Jadi, tiada sebarang aktiviti pembalakan di kawasan saya dan tuduhan itu jelas satu fitnah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Tular satu video menunjukkan sungai yang digunakan penduduk keruh dipercayai akibat aktiviti pembalakkan namun tidak menyatakan lokasi yang tepat kejadian itu.

Muhammad Amin berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan yang sewajarnya.

“Nama pemilik akaun Facebook sudah diberikan kepada polis untuk siasat,” katanya.

MB Kedah nafi dakwaan Presiden PEKA kerajaannya lulus pembalakan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker