Kenapa nama ‘alias’ PM jadi punca individu dibebas


Ramai tidak bersetuju dengan keputusan membebaskan seorang lelaki yang berdepan dengan perintah tahanan pencegahan dua tahun kerana perdana menteri menandatangani perintah itu menggunakan nama aliasnya.

Peguam bagaimanapun, bersetuju dengan pembebasan itu dengan berkata pematuhan ketat undang-undang perlu dalam kes yang mempengaruhi kebebasan individu.

Lelaki Sabah itu, yang didakwa terlibat dalam pengedaran dadah, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi kerana perdana menteri, yang ketika itu menteri dalam negeri, tidak menggunakan nama sebenarnya ketika mengeluarkan perintah tahanan pencegahan, tahun lalu.

Perintah itu ditandatangani di bawah nama Muhyiddin Yassin. Nama sebenar perdana menteri dalam kad pengenalannya adalah Mahiaddin Md Yasin.



Peguam hak asasi manusia, Andrew Khoo berkata, “isu teknikal menjadi penting” apabila sesuatu kes melibatkan kebebasan seseorang.

Sekiranya syarat teknikal tidak dipatuhi sepenuhnya, maka perintah tahanan perlu dibatalkan, katanya kepada FMT.

“Undang-undang tidak memberi banyak ruang untuk semakan kehakiman, dan mahkamah hanya dibenarkan meneliti isu yang sangat teknikal,” katanya.

“Ini mungkin menjelaskan keputusan mahkamah dalam perkara ini.



“Dalam bidang lain membabitkan tahanan pencegahan, tahanan tanpa perbicaraan dan rampasan kebebasan bukan masalahnya, perbezaan pada nama mungkin tidak begitu penting.” FMT

Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon PPBM di Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker