Kerusi Presiden UMNO panas

 

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin UMNO dilihat semakin terbuka ‘menyerang’ Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan menggesa pemilihan parti disegerakan kerana masing-masing `mengidamkan’ kerusi presiden.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, sebenarnya tiada sebab untuk pemimpin terbabit mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan hanya menggunakan alasan beliau ada kes di mahkamah.



Sebaliknya, beliau menganggap, desakan itu sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan merebut kerusi presiden.

Justeru, kata Mustapha, jika Ahmad Zahid mengundur diri kerana akur dengan desakan tersebut maka kelompok berkenaan akan `gembira’.

“Masing-masing ada kepentingan. Kalau Ahmad Zahid tidak bertanding nanti, mereka mempunyai peluang untuk menang pemilihan parti.

“Kalau kita lihat pendirian KJ (Khairy Jamaluddin), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Annuar Musa. Kenapa mereka menekan Ahmad Zahid? Sebab mereka tahu mereka ada peluang. Ini masanya mereka mengambil kesempatan,” kata beliau.



Mustapha mengulas pendirian bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Md. Taib disiarkan Mingguan Malaysia yang meminta pemimpin politik yang terlibat dengan kes mahkamah agar meletakkan jawatan dan berehat.

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz

Muhammad menjelaskan, perkara itu sudah menjadi budaya dalam UMNO sebelum ini apabila mana-mana pemimpin dihadapkan ke mahkamah, mereka perlu meletak jawatan.



Sebelum ini, tular di media sosial memperkatakan mengenai gandingan Ahli Parlimen Ketereh, Annuar dengan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin bagi menerajui pimpinan tertinggi UMNO.

Malah, turut dibariskan kepemimpinan baharu UMNO ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beberapa pemimpin lain.

Mustapha bagaimanapun tidak bersetuju untuk mendesak Zahid meletakkan jawatan Presiden UMNO, mahupun tunduk kepada desakan daripada beberapa pemimpin parti.

“Parti lain pun ada pemimpinnya yang mempunyai kes mahkamah, tapi kita tak nampak mereka didesak oleh pemimpin parti yang sama supaya meletak jawatan. Kenapa mesti UMNO yang kena?



“Pendapat Muhammad itu pendapat dia, pendapat masing-masing. Dia pun ada kes mahkamah dulu. Tunggulah keputusan mahkamah. Zahid pun tahu kalau disabit bersalah, beliau akan mengundur diri nanti,” katanya.

UMNO dilihat semakin berpecah ekoran percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpinnya yang tidak mencapai kata sepakat walaupun Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pda 26 hingga 27 Mac lalu telah menggariskan dengan jelas hala tuju parti tersebut. – UTUSAN

Kami tak pernah ‘ekstrem’, MCA sangkal dakwaan Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker