Kami tak pernah ‘ekstrem’, MCA sangkal dakwaan Mahathir


Seorang pemimpin MCA malam ini menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa parti berasaskan kaum Cina itu pernah bersifat “agak ekstrem”.

Kata Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon kepada FMT, parti itu tidak pernah ekstrem, malah sentiasa mengambil jalan tengah selama ini.

Bagi Mahathir, semua orang ekstrem, “kecuali dirinya sendiri”, tambah Chong.

“Biarkan rakyat Malaysia menilai sendiri,” kata beliau.

Mahathir membuat dakwaan itu ketika mengulas kenyataan pemimpin Umno mengenai kemungkinan parti itu bekerjasama dengan DAP sekiranya parti itu mengamalkan politik sederhana.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata, masyarakat Melayu masih memandang DAP sebagai parti berasaskan kaum Cina yang bersifat rasis.

Awal petang ini, Mahathir memberitahu wartawan bahawa Umno pernah bekerjasama dengan MCA “yang pada satu masa, agak ekstrem”. FMT

After working with ‘extreme’ DAP, Mahathir says possible Umno can too

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker