Dakwaan Langkah Membatalkan Pendaftaran UMNO, Ketua Pengarah ROS Menafikan
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Jasri Kasim mempersoalkan sumber dakwaan Ketua Pemuda DAP Howard Lee yang menggambarkan terdapat usaha untuk membatalkan pendaftaran Umno Jun ini.
Jelasnya, Lee juga tidak pernah berhubung dengan pihak ROS berhubung kenyataan yang dikeluarkan.
“Dia punya sumber dari mana? Rujukan dia bukan dari ROS.
“Dia tak berhubungan dengan kami berhubung kenyataan itu,”
Hari ini, Lee yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji mengeluarkan kenyataan mendakwa terdapat cubaan menyah daftar Umno.
Ahli perlu tahu kerjasama gelap yang dijalin bersama ‘Anwar’ akan menenggelamkan bahtera UMNO
Jelas bekas exco Perak itu lagi, kebarangkalian usaha itu wujud lebih tinggi apabila MCA dan MIC dilihat lebih memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding BN pada ketika ini.
“Ia mungkin suatu kehebatan rancangan perpaduan ummah yang diusahakan PN dan beberapa pihak di dalam Muafakat Nasional (MN).
“Cumanya, jika ia menjadi kenyataan Umno itulah yang dijadikan korban sampingan untuk ditelan dan dicerna dari dalamnya sendiri,” jelas Lee.
Ditanya adakah kenyataan yang dikeluarkan Lee itu tidak benar, Jasri – yang tidak menafi atau mengesahkan perkara tersebut – menegaskan pihaknya tidak pernah keluar kenyataan berhubung dakwaan Lee.
“Rujukan itu bukan dari ROS. ROS tak pernah keluar kenyataan macam itu,” katanya lagi.
Tok Mat: ‘Kepala pemimpin Umno mesti sejuk, jangan keluar api’
You must be logged in to post a comment.