Selangor kembali juara positif Covid-19

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,294 kes yang mengatasi kes positif iaitu 1,070 kes.

Sebanyak tujuh kematian dan enam kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,278 kes berbanding semalam, sebanyak 14,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 180 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 89 kes memerlukan bantuan.



Katanya, Selangor kembali mejadi negeri tertinggi yang merekodkan kes baharu iaitu 327 kes diikuti Sarawak, 225 kes dan Pulau Pinang, 133 kes.

“Kuala Lumpur, 88 kes; Sabah, 65 kes; Johor, 55 kes; Pahang, 37 kes; Kedah, 34 kes; Kelantan, 31 kes; Melaka, 25 kes; Labuan, 17 kes; Negeri Sembilan, 12 kes;

“Hanya tiga negeri dan satu wilayah merekodkan kes satu angka iaitu Perak, lapan kes; Putrajaya, lapan kes; Terengganu, tiga kes dan Perlis, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, tujuh kes kematian melibatkan kesemuanya warga tempatan iaitu empat kes di Selangor, dua kes di Sabah dan satu kes di Johor.



“Kes melibatkan enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 46 hingga 86 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit yang dikesan adalah kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, kanser lidah dan buah pinggang kronik,” katanya,

Mengulas mengenai enam kluster, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster kluster tempat kerja dan satu komuniti.

Katanya, lima kluster tempat kerja iaitu Kluster Taman Komersial di Hulu Langat, Selangor, 14 kes dan Kluster Lorong Dua melibatkan Petaling dan Kuala Selangor, Selangor, 41 kes.



“Kluster Jalan Inovasi melibatkan Cheras dan Titiwangsa, Kuala Lumpur serta Putrajaya, 14 kes serta Kluster Jalan Mata Kuching di Melaka Tengah, Melaka, 16 kes dan Kluster Persiaran Utama di Seremban, Negeri Sembilan, 18 kes.

“Bagi kluster keenam pula, melibatkan kluster komuniti iaitu Kluster Bukit Sera di Kuala Muda, Kedah, 13 kes yang dikesan positif,” katanya.

Tambahnya, 10 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Cempedak, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Tapak Bina Nilam Sari, Kluster Jalan Wawasan 12, Kluster Jalan Tampoi Besi, Kluster Jalan Murni 12, Kluster Jalan Apas Empat, Kluster Jalan Telawi, Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok, dan Kluster Kampung Telekong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker