MIC bersama PN hingga MT BN buat keputusan

 

SHAH ALAM: Kerjasama MIC dengan Perikatan Nasional (PN) akan diteruskan sehingga satu keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, setakat ini, parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tiada logik bahawa tidak mahu bekerjasama dengan PN tetapi masih ‘bekerja’ dalam kerajaan itu.

“Kalau MIC membuat pendirian tidak mahu sokong (PN), kita letak jawatan. Namun, kita tunggu BN buat keputusan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Malaysia Prihatin dan penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) Zon Tengah di sini, hari ini.

Pada Perhimpunan Agung MIC Kebangsaan Kali Ke-71 2021 di sini, kelmarin, parti itu mengumumkan akan terus menyokong dan kekal bersama pentadbiran kerajaan PN sehingga menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.

MIC rela berkorban kerusi apa salahnya UMNO juga berkorban dalam PRU-15

Presidennya, Tan Sri S.Vigneswaran berkata, pihaknya bagaimanapun menghormati keputusan Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menerusi sidang secara maya ketika perhimpunan itu turut mengharapkan MIC akan terus memberi sokongan kepada PN dengan mengambil kira isu kebajikan rakyat dan memajukan negara.

Mengulas lanjut, kata Saravanan, dua pendekatan perlu dikaji secara mendalam iaitu melibatkan aspirasi ahli parti dan rakyat Malaysia.

“Pada 2018 (pilihan raya umum), kita memilih calon dan menentukan segalanya mengikut aspirasi ahli parti di peringkat akar umbi, namun, kita kalah.

“Kalau kita mahu menjadi pemimpin yang ingin membela nasib rakyat dan parti, kita perlu mengambil kira kedua-dua aspirasi tersebut,” katanya

Presiden MIC nasihat penganut Hindu henti ‘hina Dewa’ sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker